THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 21, 2010

salah tafsir..

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..


“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”


Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.


“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,


UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…


Wednesday, February 17, 2010

surat cinta..

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.







Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.






Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.






Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.






Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.






Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.






Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.






Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?


Monday, February 15, 2010

PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS, MUNGKIN JUGA ANDA!

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.




Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

pepatah melayu..

1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.
10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….

12] CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.

13] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LATUUU…..

14] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

15] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

16] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

17] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

18] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

19] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

20] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

21] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY KAJANG!!!

22] KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT

23] KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI PANTAI….

saat indah di awal perkahwinan..

Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?


Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?


Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?


Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!


Sesudah 5 tahun perkahwinan....


Sila baca dari bawah keatas


Menantu Hantu

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
     Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

  Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka!"

Sunday, February 14, 2010

malam pertama, kedua, dan ketiga..

Dalam keheningan malam penuh syahdu, Ramli masuk ke kamar kerana mengantuk. Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati Ramli.







Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 saura kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?"


"Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.






Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.






Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru'


"Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?" Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees".


"oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak buat malam ni!"






Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.






Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?"






pun..masih takde jawaban... Ramli mencuba lagi. "Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!"

Tipah dan Tok Batin

Satu hari, Tipah telah tersesat di dalam hutan semasa mengikuti program jungle trekking yg dianjurkan oleh syarikatnya. Setelah beberapa lama, dia sampai ke sebuah kampung orang asli. Oleh kerana rupanya yg lawa dan kulitnya yg putih, Tok Batin disitu menyatakan hasrat utk menjadikan Tipah isterinya. Tipah, merasakan jika dia menolak hasrat Tok Batin akan membuatkan Tok Batin marah dan kemungkinan menjadikan dia makanan tengahari, memikirkan cara utk melepaskan diri dari kemelut tersebut dgn cara yg baik


Tipah : saya boleh jadi isteri tok tapi dgn 3 syarat
Tok Batin : 3 syarat, aku sanggup aku sanggup
Tipah : syarat pertama, Tok mesti buatkan banglo 3 tingkat dlm hutan ni utk rumah kita
Tok Batin : boleh boleh, aku buat aku buat
Tipah : (alamak mcmana ni, dia boleh buatla) ok syarat kedua, Tok kena pasang lif dari emas utk saya turun naik
Tok Batin (setelah bertanya kp penasihatnya lif tu apa) : boleh boleh, aku pasang pasang
Tipah : (alamak, sanggup lagi, mampus aku kali ni, apa lagi aku nak letakkan syarat ni) ok Tok, syarat ketiga. Saya hanya akan jadi isteri kepada lelaki yg mempunyai z***r sepanjang 15 inci (sambil tersenyum)

Tok Batin terdiam, wajahnya muram dan sesekali menggeleng2kan kepala. Digaru2 kepalanya beberapa kali sambil matanya memandang sayu. Akhirnya...

Tok Batin : Ok boleh boleh, aku potong aku potong

isteri kesayanganku..

Alkisah seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.




Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:




To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002


Subject : Abang telah selamat sampai


Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.


Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

MERDEKA!!!

Sekarang ni KITA dah MERDEKA selama 50 tahun, cuba kita fikir apa yang kita dah capai dan kita rasa apa yang patut kita capai.Pendek cerita, apa dah jadi kepada kita sekarang yang merdeka atau apa akan jadi kalau kita masih duduk bawah penjajah.








SEKARANG BILA KITA MERDEKA SENDIRI






1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah WAJA, WIRA, MYVi, KELISA dan KANCIL


2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah RM900 tapi di swasta ialah RM450


3. Harga minyak dan harga barang bila dibandingkan dengan gaji SANGAT TIDAK BERPATUTAN


4. Kita kena kerja 7 hari seminggu, 12 jam sehari. (Pekerja Swasta)


5. Team Bola Sepak kita hanya layak ke SUKAN SEA dan ranking 152.


6. Kita hanya pernah ke Oversea (Pangkor, Redang, Pulau Pinang)


7. Perdana Menteri hanya 5 orang sejak 50 tahun merdeka dan dari satu Barisan sahaja.


8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita terpaksa retire dari satu kerja dan berhijrah ke kerja lain.


9. Kita kena bayar TOL setiap hari dan jumlah Lebuhraya baru bertambah sama seperti gerai pasar malam


10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.






KALAU KITA MASIH DIBAWAH JEPUN










1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah HONDA, TOYOTA, MITSUBISHI, NISSAN, SUZUKI dan ISUZU.


Kita gelak dengan orang yang pakai kereta HYUNDAI dan PEUGEOT.


2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah JUTA2 YEN tapi di swasta ialah YEN JUTA JUTA juga


3. Buat apa nak kisah beli minyak sebab kita ada banyak PENGANGKUTAN AWAM.


4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)


5. Team Bola Sepak kita pernah main kat WORLD CUP. WORLLLLDDDDDDDDD!!!!!! BANGGA WA CAKAP LUUU.........


6. Kita sering pegi oversea, around the world dan semua orang bila jumpa kita nak cakap bahasa kebangsaan kita di negara mereka hahahaha bangang betul la mereka tu...


7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi RAJA satu jer, tak pernah tukar2 RAJA pun.


8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita jalan2 makan angin ke negara lain, kalau kita tak pergi makan angin, member2 kutuk sebab mereka semua pergi makan angin.


9. TOL??? ape kemende tu? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat?


10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.


KALAU KITA MASIH DIBAWAH GREAT BRITAIN


1. KITA MAMPU PAKAI SEMUA KERETA SEBAB SEMUA KERETA MURAH NAK MAMPOSSS!!!! TAK PAYAH REPAIR, ROSAK BELI BARU.


ADA JUGAK ORANG NAK AMBIK KERETA ROSAK KITA TU.


2. GAJI DAPAT DUIT POUND STERLING. KITA GELAK KAT EURO DAN US DOLLAR SEBAB MURAH!!!! LOW CLASS!!!


3. PENGANGKUTAN AWAM BANYAK DAN MINYAK PUN MURAH.


4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)


5. SEMUA ORANG SUKA NATIONAL TEAM BOLASEPAK KITA. TAK PERNAH MENANG PUN TAPI RAMAI ORANG SUKA PAKAI JERSEY BOLA KITA, SPONSOR KELAB KITA, SOKONG SAMPAI PAGI2 BUTA GAME KELAB2 BODOH KITA. WORLD CUP????? TAK PAYAH CERITA LAAA, DAH BORING LAYAK TAPI TAK MENANG FINAL PUN.


6. PERGI OVERSEA??? AKU NAMPAK ORANG DATANG TEMPAT AKU ADA LAH, AKU PELIK APA SEBAB MEREKA MINAT SANGAT DATANG TEMPAT AKU..........


7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi QUEEN satu jer, tak pernah tukar2 QUEEN pun.


8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, KITA PERGI JALAN2 SANA SINI DAN TENGOK BOLA JER. SAMPAI BORING DUDUK RUMAH TAK BUAT APA PUN.


9. TOL??? ape kemende tu? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat?


10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.


11. WOI !!! Merdeka tu apa? bila masa Great Britain kena jajah? Penjajah terakhir kami ialah Tentera ROM lebih kurang 300 Masihi............. aku pun dah lupa kemerdekaan kali ke berapa, dah tak celebrate dah kot........

Lawak jahiliyah

Sorang paderi telah mengadakan jualan murah di gerejanya...




Paderi: Tuan2....syurga dan neraka adalah hak milik saya... sapa2 yang berminat nak beli syurga atau neraka sila tampil kehadapan... hartanah kat syurga berharga $40,000 sebidang.


Maka berebut-rebutlah org2 kaya membeli syurga yang didakwa oleh paderi tersebut agar mereka tak masuk neraka. Alkisahnya terdengarlah berita itu kepada fakir miskin....


Fakir : Mahal nak mampus syurga ngko wahai paderi.... Kalu cam tu aku nak beli neraka la...
Paderi: Neraka harganya $100 sahaja....


Lalu fakir pun membeli neraka tersebut... lalu berdiri di atas meja makan dan...


Fakir : Tuan2.. sekarang neraka adalah hakmilik saya... Sekiranya tuan2 tak mau masuk neraka sila tuan2 bayar $5,000 sekarang jugak... Sapa2 tak bayar aku humban masuk neraka!!!


Orang ramai : Nak beli syurga mahal nak mampus...neraka lagi murah... baik kita bayar untuk neraka.. tentu kita tak masuk neraka.... Berduyun2 org bayar untuk neraka.. terkebil2 paderi tadi.... Jadilah jutawan segera fakir jehan miskin tadi....

night course..

Ah Beng went to take night courses so that he could get a promotion or a better job. During work, Ah Beng likes to show off to Ah Seng about his knowledge.


Ah Beng: Ah Seng ah... I've been taking night courses for 3 months already, next week is the exam.
Ah Seng: Oh... Good luck ah.


Then Ah Beng started show off...


Ah Beng: Ok, I test you, who is Graham Bell?
Ah Seng: Don't know
Ah Beng: He is the inventor of phone la... in 1876, see... if you take night courses, you would know this.!
Ah Seng: ....................... *speechless*


The next day, Ah Beng shows off again...
Ah Beng: Ah Seng ah... let me ask you, who is Jean Jacques Rousseau?
Ah Seng: Wash your toilet one ah?
Ah Beng: No! He's the author of "Confessions", nah nah nah... told you already, if you take night courses, you would know this.
Ah Seng: .................. *speechless + frustrated*


The next day, once again...


Ah Beng: Do you know who is Alexander Dumas?
Ah Seng: Your gay partner?
Ah Beng: Choiii!!! If you do! n't know don't simply answer la. He's the author of "The 3 Musketeers" , if you take night courses, you would know this.
Ah Seng: ........ *speechless + frustrated + irritated


This time Ah Seng cannot tahan (stand) anymore and ask Ah Beng...


Ah Seng: Eh... Do you know who is Ah Kaw?
Ah Beng: Errrr... No!
Ah Seng: He's the guy sleeping with your wife!! If you stop night courses, you would know this!!
Ah Beng: ........................ *fainted*

lintas jalan..

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter..


Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter : Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang,jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja

dpt 100%..

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,"kata Yani kpd mamanya.


"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.


"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."

kasi panadol..

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...


Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".
Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".

Lawak Bohsia

Suami-isteri bertengkar. Tetiba isteri terus kemas beg.


Suami: Kenapa?
Isteri: Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan.Saya nak tinggalkan rumah ni!


Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.


Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!

Lawak Perempuan Masturbasi... Apa kata survery? Mampos la ko

Bahaya Masturbasi bagi Wanita... betul ke..?


Ada seorang wanita datang ke klinik, umur 50 tahun, penampilan masih ok lah, dia mengeluh kencing kadang-kadang ada rasa sakit. Biasalah doktor pun melakukan pemeriksaan rutin termasuk menyuruh wanita itu periksa urinenya. Besok paginya si wanita itu kencing dan dimasukan ke botol lalu menyuruh pembantunya untuk bawa botol itu ke klinik, pada waktu itu hujan lebat dan pembantu si wanita itu tiba-tiba tergelicik, sehingga menyebabkan botol yang dibawanya pecah. Dia bingung nak minta majikannya kencing lagi takut, pasti kena hamuk, lalu dia berpikir, lebih baik aku ganti air kencingku aja daripada kena hamuk. Si pembantu itu pun cari botol dan kencing lalu dikirim ke klinik dan dia pulang sambil membawa resit tanda terima lalu diserahkan kpd majikannya.Keesokan harinya wanita itu datang ke klinik lagi, dan doktor itu terkejut melihat hasil urinenya, lalu bertanya kpd wanita itu:


Doktor : Puan mempunyai suami?
Wanita : Tidak, udah lama jadi janda, suami saya meninggal.
Doktor: : Maaf, apakah puan punya boyfriend atau lelaki yang suka menemani puan?
Wanita: Tidak, saya dirumah saja, kadang2 ikut kegiatan sosial sikit-sikit.


     Doktor jadi tambah bingung, tapi sebagai doktor mesti berwibawa dimuka pesakit, akhirnya doktor itu berkata:


Doktor : Puannnnnn, dengan nada sehalus mungkin, dari hasil pemeriksaan air kencing yang saya jalankan saya mengucapkan tahniah kepada puan,kerana ternyata puan saat ini sedang mengandung, jadi mungkin rasa sakit kalau kencing itu diakibatkan kerana kehamilan puan dan untuk itu saya beri surat supaya puan dirujuk oleh doktor ibu mengandung untuk merawat kandungan puan.


Muka si wanita itu tiba-tiba pucat, akhirnya dengan langkah longlai dia berjalan pulang. Sesampainya dirumah wanita itu lari kedapur dan membuka almari lalu mengambil TERONG UNGU YANG BESAR DAN PANJANG yang disimpannya, lalu dia membanting-banting terung itu ke meja sampai hancur sambil berkata:


"SIAL KAU TERONG...! SIAL KAU TERONG...! PASAL DEK KAULAH AKU MENGANDUNG, MACAMANA ANAK AKU NANTI RUPANYA, JANGAN-JANGAN NANTI MUKANYA UNGU, "SIAL KAU! AKU TAK MAU PAKAI KAU LAGI!!!

chimpeng sial

I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly there's a knock on the glass


"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?"


"Apa?"


"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia ckap sini ada satu Chimpeng..."


"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?"


"Aiyah...itu Chimpeng balu punya..Saya mau pigi angkat wang la..."


"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa? Along ka?"


"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng...itu balu punya Peng.."


Adoi...ape da apek tue...buat aku pening je..dia actually cari CIMB Bank ..


*Moral Of The Story: Jangan jadik bodoh, apek tu pun bodoh, melayu tu pun bodoh

Kebencian diri

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.


"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,"


terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya. Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik.
     Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.


 "Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.


 "Tidak!" jawab Minah.


 "Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

berhenti makan..

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.


Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"


Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
     Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

mak kau pakar rawat sakit kepala mana? atas bawah?

dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?"."Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos. "Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun. "Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"