THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 14, 2010

Kebencian diri

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.


"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,"


terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya. Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik.
     Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.


 "Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.


 "Tidak!" jawab Minah.


 "Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

0 comments: